Audit Solat - SEENI Podcast [BM]

Adakah benar dengan tiga kali pergerakan solat kita terjejas? Bagaimanakah cara untuk melengkapkan wuduk dengan sempurna? Sertailah kami dalam sesi bersama Majalah Kashoorga untuk mengkaji dan memperbaiki amalan solat kita. Dengarlah dalam episod ’Audit Solat’ untuk mendalami setiap gerak dan niat kita. Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Listen on:

  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Nov 02, 2023

Membaca Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat. Selalunya, kebanyakan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat. Namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri. Malah, ada segelintir orang pula membaca surah berkenaan hanya dalam hati. Sebenarnya bagaimanakah cara yang betul melafazkan Surah Al-Fatihah berkenaan? Adakah cukup sekadar berbisik dan bacaan itu hanya didengari di telinga sendiri?
 
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Wednesday Nov 01, 2023

Setiap umat Islam wajib menunaikan solat, namun adakalanya kita terlepas solat kerana pelbagai sebab. Bagaimana cara terbaik untuk menggantikan solat yang tertinggal? Adakah memadai hanya dengan bacaan asas seperti surah Al-Fatihah, tahiyat akhir, dan selawat? Sertailah kami dalam episod terbaru bersama Ustaz Hamizul, yang akan membincangkan tatacara qadha solat yang sahih dan sempurna. Dapatkan penjelasan yang lengkap dan pastikan amalan kita selari dengan tuntutan syarak
 
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Makna Wudhuk Yang Sempurna?

Tuesday Oct 31, 2023

Tuesday Oct 31, 2023

Pernahkah anda menyaksikan seseorang melaksanakan wuduk dengan membasuh muka dan tangan sehingga empat atau lima kali? Adakah tindakan tersebut sesuai dengan tuntutan syarak? Dengarlah penjelasan mendalam daripada Ustaz Mohd Riza mengenai tatacara wuduk yang sahih dalam episod terbaru podcast kami.
 
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Monday Oct 30, 2023

Pergerakan ringkas semasa solat, seperti membetulkan kain pelikat atau telekung — adakah ia boleh membatalkan solat kita? Apa maksudnya bila ada yang kata lebih tiga kali gerak, terutama pada anggota besar, solat kita tidak sah? Dapatkan penjelasan mendalam bersama Ustaz Hamizol Abdul Hamid dalam episod pertama 'Audit Solat'. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut dan memperkukuh amalan solat kita.
 
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125