Audit Solat - SEENI Podcast [BM]
Adakah benar dengan tiga kali pergerakan solat kita terjejas? Bagaimanakah cara untuk melengkapkan wuduk dengan sempurna? Sertailah kami dalam sesi bersama Majalah Kashoorga untuk mengkaji dan memperbaiki amalan solat kita. Dengarlah dalam episod ’Audit Solat’ untuk mendalami setiap gerak dan niat kita. Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!
Episodes

Monday Nov 20, 2023
Monday Nov 20, 2023
Episod kali ini membahas pentingnya mandi wajib dalam konteks keagamaan. Proses pembersihan menyeluruh dari air mani hingga habis tempoh haid atau nifas akan diuraikan, termasuk cara yang betul seperti memastikan air mencukupi dan meratakan ke setiap bahagian badan. Jangan lepaskan untuk memahami bagaimana mandi wajib bukan hanya tentang kebersihan fizikal, tetapi juga mendekatkan diri kepada-Nya. Stay tuned!
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Wednesday Nov 15, 2023
Wednesday Nov 15, 2023
Sujud ini merupakan dua sujud tambahan yang dilakukan selepas selesai Tahiyat Akhir dan sebelum memberi salam. Bagaimana caranya melakukan sujud Sahwi?
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Tuesday Nov 14, 2023
Tuesday Nov 14, 2023
Tahukan anda, antara doa yang didengari Allah adalah setelah selesai memberi salam. Jadi rugilah bagi mereka yang tergesa-gesa bangun selepas memberi salam.
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Monday Nov 13, 2023
Monday Nov 13, 2023
Dalam solat kita, terkadang kita terlupa berapa rakaat yang telah dikerjakan. Jika ini berlaku, fokus dan ambil kira jumlah rakaat yang paling sedikit, kemudian teruskan solat. Selepas itu, lakukan sujud sahwi untuk memohon keampunan. Solat anda tetap sah dan tidak perlu diulangi. Ingatlah, Allah Maha Pengampun dan kesilapan adalah lumrah dalam kehidupan kita.
Jom dengarkan Audit Solat, sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Friday Nov 10, 2023
Friday Nov 10, 2023
Boleh Ke ZIKIR Kuat-Kuat??? Berzikir dan membaca Al-Quran adalah suatu amalan yang amat digalakkan. Apatah lagi kalau ia dibaca di ruang atau tempat yang mulia seperti masjid dan surau. Tetapi, bolehkan jemaah membaca Al-Quran atau berzikir dengan kuat dalam masjid?
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Thursday Nov 09, 2023
Thursday Nov 09, 2023
Ada beberapa perbahasan antaranya bila nak turun jari atau jari telunjuk perlu statik tak bergerak, kesemuanya banyak dibahaskan dalam hadis. Jadi, pada waktu bilakah disunatkan untuk mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud (tahiyat)? Adakah sewaktu mula mengucapkan ‘Asyhadu alla Ilaha illa Allah’? Selain itu, perlukah kita terus kekal mengangkat jari telunjuk hingga memberi salam?
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast, segalanya di SeeNI!

Wednesday Nov 08, 2023
Wednesday Nov 08, 2023
Bacaan Imam TAK Lancar, Sahkah SOLAT Kita? Sepatutnya daripada peringkat awal ketika memilih imam, pilihlah imam yang terbaik di tempat kita. Jika mempunyai pilihan pilih qari yang lancar bacaannya. Bila berdepan situasi imam tak lancar dan tersekat-sekat tidak lancar, tidaklah timbul perasaan was-was di kemudian hari.
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Tuesday Nov 07, 2023
Tuesday Nov 07, 2023
Bacaan-bacaan tasbih atau zikir dalam rukuk dan sujud ini merupakan sunnah-sunnah yang bacaannya dituntut dalam solat fardhu lima waktu. Sekiranya kita tidak melakukannya atau tidak cukup tiga kali, adakah solat kita sah? Ikuti penerangan Ustaz Mohd Riza dan semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua?Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!

Monday Nov 06, 2023
Monday Nov 06, 2023
BACAAN SOLAT WAJIB DIBACA DENGAN SUARA YANG DIDENGARI, TAK BOLEH BACA DALAM HATI! Bacaan wajib atau rukun qauli ialah takbiratulihram, surah al-Fatihah, tasyahhud (tahiyat) akhir, selawat ke atas Rasulullah selepas membaca tasyahhud akhir dan salam pertama. Kesemua bacaan wajib atau rukun qauli ini wajib dibaca pada kadar suara yang boleh didengar oleh diri sendiri. Oleh itu, jika kita membaca lima bacaan ini di dalam hati, adakah sah solat kita sah?
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast, Segalanya di SeeNI!

Friday Nov 03, 2023
Friday Nov 03, 2023
SOLAT DUDUK SEBAB LETIH SANGAT, BOLEH KE? Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan betapa pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita.
Namun begitu, adakah dibenarkan kita mengambil jalan mudah untuk solat secara duduk apabila berasa terlalu letih? Ikuti penerangan Ustaz Hamizul tentang beberapa keadaan yang dibolehkan untuk kita solat duduk.
Audit Solat merupakan sebahagian daripada SeeNI Podcast. Segalanya di SeeNI!